Sunday, May 6, 2012

2 bulan yang menggemukkan & membahagiakan.

Salam. Wuishhh lama betul aku tak menulis. Kejap. *cabut rumput, bersihkan sawang*

Okay. Apa benda aku nak tulis kali ni? Setelah lama menyepi menguruskan hidup yang tak berapa nak terurus ni, aku akan update sedikit sebanyak mengenai apa yang berlaku sepanjang 2 bulan tanpa blogpost (atau benda yang aku sepatutnya post tapi tak ada pun postnya --- read: malas). Marilah kita.


Perkara pertama paling kritikal untuk di-recall ialah pertambahan berat aku sebanyak 6 kg. Eh tak, aku tak mengandung (overnya ayat hahahahaha). MENGANDUNG-i lemak adalah. Aku yakin ini semua adalah angkara nafsu makan yang tidak berkesudahan dan wujudnya seorang penjaga makan yang tak pernah bagi aku lapar, sanggup meredah 8 km hanya kerana nak bagi burger (read: Nadzmy Hakkim) dan godaan coklat dari Langkawi yang dibawa balik oleh adik aku setiap bulan.

Alright, keduanya, 2 points aku dah tick dalam TO-DO LIST before ke Amareka Serikat (oh apakah ini? Kejap lagi aku bagitau). Ia adalah impian aku untuk bertemu mata ke mata (because face to face is too mainstream) dengan 2 favorite bands aku dari Indonesia ---- White Shoes & The Couples Company dan The Changcuters. I never thought these would be real, because they are all the way from Jakarta & Bandung, which obviously tells me that I never going to make it. Even with AirAsia - tiket ke Bandung cuma RM 50, ingat ayah aku nak bagi pergi balik semata-mata nak tengok 1 live show? Makan penampau. So yeah, the performances was great, worth the ticket price. Gambar? White Shoes ada, Changcut tak ada - sebab tak kuasa I nak pegang camera kalau dah huru-hara dibuatnya Tria Ramadhani pada seluruh crowd. Tidak kurang hebatnya juga Aprilia Apsari membawa crowd ke dunia retro, tapi lebih terkawal & tenang. Maaf tak ada gambar Lydia Amalina & Azzam. Yang ada cuma si gemuk Shin hahaha :B

 White Shoes & The Couples Company

 Amirul Hafidz (Shin Senget) muka kembang dapat jumpa Liyana Fizi

The beautiful & gorgeous Aprilia Apsari

Okay, now back to the Amareka Serikat part. Dengan rasa bangga & bersyukurnya, aku telah ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke tiga universiti di bumi Amareka. Alhamdulillah, syukur tak terhingga. Usaha aku berbayar, alhamdulillah. Those universities are; Drake University, University of Colorado-Boulder & Pennsylvania State University. Ikut hati nak je aku accept tiga-tiga sekali, sebab semuanyaaaaaa awesome. Tapi, aku kena pilih satu. Jadi, aku telah decide untuk ke Drake (sila klik di sini)

The flag of Drake attached in the offer letter. Feel my enthusiasm?

Masih bertahan untuk baca post ini? Baiklah, kita teruskan. Aku juga telah mendaftar sebagai ahli kelab peminat Johan Asari: Johan Asari Fan Club (JAFC). Or known as Botak (Juvana), Aril (Cinta Elysa), Aiman (Bunga-Bunga Syurga). Tak kenal, takpewww. Kalau tengok last ABPBH, mesti kenal. Jangan tanya aku apa yang best sangat pasal dia ni. I have my own reasons. No comment --- ecehh macam retis pulak nak no comment kan. So far, aku dah join 2 event. Gambar? Ada, tapi jangan frust menonggeng pulak tengok gambar ni ye. Hekhekhek.

Ye, takpe, saya tahu saya rendah.

Anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2011 - congratulations! :)

I'll surely bring this to the States :3

Apa lagi yang aku belum cerita? Okay, Kim. Bulan April lepas, genaplah setahun saya ditemani Penjaga Hati, Nadzmy Hakkim (untuk cerita pendek, sila klik di sini). Alhamdulillah, tahun pertama banyak merubah aku kepada rang yang lebih baik. Tapi aku tak bangga sangat pun, lebih bangga kalau dapat survive the first year of marriage *hint baik punya hahaha*. Tapi aku tak punya banyak masa lagi dengan Kim, lagi 3 bulan aku akan meninggalkan semuanya --- family, Kim & friends. Yang aku bawa cuma cinta, iman & Allah. Hopefully semua akan berjalan lancar. Excited, tahuuuuuuuu?

Mesti saya rindu awak nanti, wuwuwuwuuuuu T____T


Dah lah kot. Simpan-simpan dulu untuk the next posts. Hekhekhek sekarang saya mahu sambung gila-gilaan dengan The Changcuters.



Thursday, February 9, 2012

Carutan Tanpa Tapisan.


Hello kawan-kawan. Sudah 2 bulan aku tidak membunyikan papan kekunci untuk blog ni. Ahhhhhh *menggeliat* okay letsetat this. Pada kawan-kawan yang mungkin ikuti blog ni sejak hari pertama ia diterbitkan (around December 2009), pernah dengar frasa untuk tajuk post kali ini. Sebab apa? Sebab aku adalah pencarut tegar pada suatu masa dahulu. Alhamdulillah, sekarang jarang sekali untuk aku mencarut. Yang mungkin tersasul hanyalah "Oi gila" "Oi letup!" pada waktu-waktu melatah dan sekutu dengannya. Dan aku mengharapkan perubahan ini kekal, takmau dah carut-carut ni. Bughuk benor ghopenye anok dara mencarut, ye dok?

AMARAN: Jika anda tidak tegar untuk membaca bahasa kesat/mencarut tahap saya, you may leave this page.

Maka dengan ini secara simple-nya, aku akan meng-kupas, meng-kopek, meng-dedah kan isu MENCARUT.

Hmmm, seronok ke mencarut eh? I think I should ask this to myself first. Aku (ini kes aku ye, mungkin lain dengan kes korang) mencarut dulu, mainly because of the influence from friends, I guess. Bila benda tu kita dengar hari-hari, impossible kita sendiri tak terpengaruh. Maka ketika itu, kata-kata kesat telah menjadi perkataan harian aku, seperti: sial, kimak, fuck lah weh, pantat, butoh, dan lain-lain. Korang familiar dengan benda ni? Selalu sebut? Okay, kita sambung cerita.

Aku taknak kupas panjang lebar macam mana aku boleh berhenti dari mencarut ni. Untuk tips berhenti mencarut, boleh tanya aku personally, kita lepak lepak minum, roti telur 2 keping, kau belanja, aku cerita. Hohoho.

Kita mulakan analisis. Apa sebab korang mencarut:

Adakah untuk menambahkan ketegasan dalam ayat?
Adakah untuk menampakkan korang selalu up-to -date dengan kata-kata kesat masa kini?
Adakah untuk menunjukkan korang sangat gangster & jantan?
Adakah untuk menambahkan vocabulary korang tentang nama alat-alat sulit?


Jawapan korang mungkin berbeza, it's okay then. Some are influenced by friends (like me), some love to try new words (ada ke?), some just love to swear a lot, etc. Now, kita lihat senario perbualan anak muda masa kini:

Nina: Cikgu tanya apasal kau tak datang semalam, bodoh. Semua ingat kau pi lepak CC.
Nini: Aku demam lah, kimak. Apa babi budak-budak ni cakap aku lepak CC? Pantat betul.

Jamal: Eh, GPS kata ikut simpang depan lah, sial. Kau gi ikut lori ni buat apa, bodoh.
Jamil: Lori besar ni lembab lah, bangsat. Mana aku nak nampak simpang tu tadi!

Ini perkara biasa, setuju? Kalau korang adalah orang-orang seperti Nina, Nini, Jamal & Jamil, korang patut teruskan baca apa yang aku nak cakap ni. Sebenarnya, tak sedap mana pun mencarut ni. Ada yang kata, "Bukan nak maksudkan betul-betul pun", "Kau macam ah tak pernah mencarut, toksah nak baik sangat!", "Mampus ah aku nak sebut apa pun, mulut kau ke?!"

Tahu tak, sebenarnya perkataan itu doa? Tahu tak, cakap benda yang sia-sia itu tak bagus? Cuba cakap 'pantat' 40 kali, nanti kalau ada tumbuh 'pantat' celah kangkang kau tu, padan muka. Jangan nak 'pantat' kan orang sangat, kau tu pun lahir-lahir je keluar ikut 'pantat', kan? Maaf kalau aku agak kasar di sini. Okay, let's call it faraj (ohmy, what am I talking about?). Faraj tu ciptaan Allah, bukan? Sama ke rupa kawan-kawan kita dengan rupa faraj tu? Sama ke rupa kawan-kawan kita dengan rupa 'butoh' (zakar) tu? Fikirkan. Jangan sampai kita menghina ciptaan Allah & apa-apa yang berkaitan. Aku pernah juga tengok status update/tweet yang berbunyi begini:

"Kimak, hujan pulak! Macam mana nak main bola ni"

Something like that, I can't remember much. Tahu tak, hujan tu Allah yang turunkan dari langit? Sanggup tak cakap macam tu kalau kita sedar hujan tu sebenarnya dari Allah? Fikirkan.

Itu situasi sekarang, aku bagi contoh terdekat. Sekarang aku nak bagi contoh untuk masa depan, kita pergi jauh sikit. Untuk yang perempuan, jaga-jaga kalau anda masih petah mencarut. Lihat situasi ini:

***datang rumah bakal mak mertua***

Boyfriend: Eh you, naiklah, jangan segan dengan mak I.
Makcik Bedah : Mari lah naik, nak. Makcik buat air dulu ya.
(jatuh tersadung di tangga rumah)
Girlfriend: Aduh, babi betullah tangga ni! Sakit bodohhh.

Belum sempat makcik tu buat air, dia dah reject kau. Tak cantik perempuan mencarut sebenarnya. You think you can control what you gonna say in front of certain people? Not all the time. So, cara terbaik, hentikan je. Lelaki pun tak hensem, tak macho mana pun setakat mencarut je pandai. Yang lelaki ni pulak, kalau dah kahwin, jangan terkejut kalau setiap kata-kata anda itu ditiru, diikut oleh anak-anak kecil anda. Lihat situasi ini:

Addi: Ayah, Addi nak kapal terbang ni, nak kereta terbang ni.
Ayah: Dah, minggu lepas dah beli. Jangan mengada. Balik!
Addi: *guling-guling di lantai kedai* Ayah ni pekak ke, bodoh! Sial! Tak faham ke, Addi nak kapal terbang tu jugak! Nak jugak!

Rasa-rasa korang malu tak depan cashier, customer semua? Diorang tak pandang anak, diorang akan pandang bapaknya. Masa tu, korang fikirkan lah sendiri nak buat apa.


Yang selama ni terpengaruh dengan kawan-kawan, aku tak kata "jangan kawan dah dengan diorang!" Tak salah kalau kita tegur dia sikit-sikit, berubah sikit-sikit kan. At least better than nothing. Remember, true friends are the ones who want the best for you, not to ajak you to talk those bad words, doing bad things, etc.

Aku tak nak panjangkan benda ni. Terpulanglah kepada individu. Masing-masing dah besar, dah tumbuh bulu, dah matang, baligh, boleh fikir sendiri, nak cakap benda yang baik ataupun sebaliknya. Aku lebih senang cakap straight to the point, sebab korang pun bukannya faham kalau aku nak berkias-kias segala bagai. Sudahlah dengan keadaan anak-anak muda yang mencemarkan bahasa sendiri dengan bahasa rewmpitzznyeww, sekarang nak mencarut. Elok lagi korang berzikir. Kalau malas berzikir, diam. Jangan 'berzikir' benda tak elok.

Mencarut bukan awesome sangat pun --- ia adalah keadaan di mana seseorang itu bercakap tanpa guna otak dalam ketidaksedaran.

Friday, December 30, 2011

Azam 2012 (Ini Cliche Sangat)


Hoyeah hoyeah nak masuk 2012 dah! --- sounds scary anyway. Growing older means I'll have more responsibilities, no time to play around & messing with unimportant stuff, dan boleh kahwin, hewhewhew. So yeah, azam akan sentiasa dipasang di hujung tahun, selalunya pada 31 Disember. Pasang azam tak sama macam pasang tanglung dekat siling rumah tu, atau pun macam pasang piring Astro yang tadah air hujan lepas tu tayang siaran masa hujan dah macam tengok DVD cetak rompak.

Pasang azam bermaksud menetapkan suatu matlamat untuk dicapai dalam sesuatu tempoh. Maka azam penting untuk memotivasikan seseorang untuk terus menjadi lebih baik dari hari ke hari. Azam ni pasang dalam hati je, tak ada dekat siling rumah. Tapi kadang kala ditulis dan ditampal di tempat-tempat yang visible oleh tuan punya azam supaya menjadi daily reminder yang memudahkannya untuk mengingati perihal azamnya itu tatkala dia leka dengan syaitonnirojim yang menariknya ke arah keburukan. So, here's my Azam 2012!

2012 Resolutions

1- Memperbaiki hubungan dengan Allah, account ibadah nak top up kaw-kaw punya (e-Pay pun tak maju cenggini)

2- Membuat ibu & ayah bangga sehingga kembang hidung sebesar serombong kapal dengan anak seperti aku yang mampu memberikan mereka kebahagiaan dunia & akhirat

3- Menjadi Shafiqa Fitri yang lebih baik dalam segala hal : pengurusan diri, karakter, mind setting, jati diri --- supaya tiada krisis identiti yang berlaku seperti kekeliruan jantina

4- Menjaga hubungan dengan semua manusia tak kira tua muda miskin kaya (macam lagu Raya)

5- Mendarat di bumi Amerika Syarikat dengan harapan untuk meneruskan pengajian dalam bidang Physics & minor in Broadcasting (poyo lebih) supaya aku mampu menerbitkan sebuah rancangan gameshow Sains kanak-kanak untuk mengelakkan budak sekolah tergedik-gedik nak masuk Idola Kecil musim ke-13

6- Berusaha supaya mendapat restu ibu ayah dalam perhubungan dengan si Penjaga Hati supaya tiada patah hati di kemudian hari atau pun insiden kahwin lari, frust menonggeng dan hilang ingatan

7- Mendapatkan semula life yang penuh dengan seni doodle, music, puisi & Lomo. Awesome, kau tahu tak? Cukuplah aku sudah menjadi Nerd binti Geek selama setahun. Oh yea, another Lomo camera, maybe? *angkat kening

8- Belajar masak, untuk persiapan menjadi isteri & ibu di masa hadapan --- supaya suami & anak aku tak duduk katil sebelah-sebelah dalam hospital sebab masak cendawan beracun/masak masin sangat macam ada lori garam terbalik depan dapur rumah

9- Menambah kenalan supaya aku boleh belajar banyak tentang hidup melalui pengalaman mereka yang berbeza-beza, maka aku akan mampu untuk menjadi orang yang berilmu tentang hidup (bunyi dah macam 50 tahun je hidup)

10- Kumpul duit untuk kegunaan di masa hadapan supaya tidak short duit ketika nak bayar duit tempahan baju nikah/ganti tayar kereta suami/beli mainan anak-anak



Aku cukup banyak berangan tentang masa hadapan, lagi-lagi kalau bab kahwin & rumah tangga ni. Aku memang gatal kemain, tapi at least aku ada perancangan. Kau ada? Bukan semua berangan itu sia-sia. Jadikannya motivasi untuk kita berusaha ke arah apa yang kita angan-angankan itu. Macam aku, senang je:

Study pandai-pandai, jadi budak baik--->semua makcik nak buat menantu--->suami dari kalangan orang baik-baik, berpelajaran, financial status kukuh--->masa depan anak-anak terjamin--->happily ever after

Study main-main, tak serious--->mak bapak marah, tak kasi kahwin--->kahwin lari--->balik rumah mertua kena baling pinggan--->hidup tak aman--->anak-anak trauma dengan bunyi balingan pinggan--->sedih sampai mati



Haaaa aku dah kata, berangan aku tak berkesudahan, melarat sampai ke baling pinggan. Tapi perasan tak, analogi yang aku bagi ni, AWAL SEKALI bermula dengan study? That's my point --- to put full effort on studies so that I can create my own future.

Whatever it is, marilah kita berusaha supaya azam-azam kita dapat direalisasikan dengan jayanya.



Selamat Menyambut Tahun 2012.
love, Shafiqa Fitri @ Belle.

Thursday, December 8, 2011

Kesibukan.

Aku ambil sedikit masa untuk buang segala sarang labah-labah yang ada sejak bulan lepas. Rasa macam dah lama sangat tinggalkan semua benda ni --- semuanya kerana hidup yang memaksa aku mengutamakan pelajaran. Mungkin ada yang tanya;

"Eh, kau dah tak main lomo lagi eh?"

"Bila kau nak menulis lagi?"

"Dah lama tak nampak kau, hangout pun tak join,"

Ada segelintir juga yang menganggap aku cuma trend follower. Masa Lomography tengah meletup-letup macam bertih jagung, aku ada kamera-kamera analog dan selalu keluar masuk kedai gambar. Dulu rajin pergi Frinjan. Dulu suka pergi live performances.

Sekarang ni bukan setakat tu, aku dah tak ada masa nak tulis blog --- I have 2 blogs, and I can't update even one. Comparison tahun lepas dengan sekarang; dulu aku boleh lepak-lepak sekali sebulan dekat KL, mandi laut/picnic, makan steak ramai-ramai, tengok wayang, etc.


Tapi sekarang aku rasa hidup aku dull. Dah tak ada semua tu. Paling aku terasa, ketiadaan puisi & Lomo dalam hidup aku. Rasa tak kena, tak sempurna, seolah-olah sesuatu dah ditarik untuk aku nikmati --- Masa. Dan jujur aku kata, aku rindukan semua ini.


Lepas aku kahwin nanti, aku akan aktif balik. Aku akan pastikan suami aku bagi hantaran senaskah al-Quran, set telekung + sejadah, 50 roll film + LomoKino, 50 batang marker berwarna-warni, sebuah teleskop, sebuah tab Intuos4 dan tiket berbulan madu 1 minggu ke Caribbean.

Lepas aku balik dari Caribbean tu, aku tunjuk analog movie yang aku shoot kat sana. Sekian.

Friday, November 4, 2011

Pipiesemai (PPSMI).

Aku naik hangin betul dengan cerita macam taik ayam yang tak berapa nak hangat ni. Usaha nak meng-global-kan local students ni hangat-hangat taik ayam, kau tahu?

As a generation of kids who had the chance to learn Science & Maths in English, aku merasa terpanggil untuk mengupas (walaooo dah macam Edisi Khas - Fifi Fairuz Fuyoo) isu yang patut dipandang serius oleh semua pihak. Okay stop the formal words here.

I learned both subjects in Malay till my primary school time ended. Alhamdulillah, it wasn't hard for me to make a transition from Malay to English in order to understand all those. Plus, I am in an overseas scholarship program in Science. All I see from this PPSMI is positive. Kenapa aku kata positive?

Selain dapat jadikan students lebih pandai (bukan memandai-mandai); penguasaan English, secara tidak langsung dapat dijalankan terus. Ini bukan hal nak memartabatkan bahasa Melayu ke whatsever, ketepikan soal maruah bahasa Melayu/budaya/warisan nenek moyang/maruah bangsa. Ini soal masa depan. Aku tak berniat untuk membelakangkan segala unsur ke-Melayu-an aku. I speak English, but still; aku makan nasi lemak, pakai baju kurung, menari zapin, boleh skor bahasa Melayu. Apa de hal? Bukan aku sebar propaganda dekat budak-budak seawal 7 tahun untuk terus berbahasa Inggeris dan tinggalkan unsur-unsur Melayu. Tok nenek kita pun dulu belajar dalam bahasa Inggeris (zaman penjajahan). Mereka masih Melayu, buktinya kita juga masih Melayu. Cuba suruh haramkan media pasang/tayang lagu & filem orang putih, Korea etc. Suka tak? Samalah kes dengan benda ni. Minat K-pop ke, Rap ke, kau still Melayu kan? Ada orang nak tayang/pasang lagu tradisional yang guna gambus, gendang, serunai, alat muzik Melayu pada most of the radio stations? Hmmm, taik ayam. Semua carta K-pop, carta orang putih monopoli media. Tapi kau masih Melayu kan?

Toksah ikut hati sangat nak buat keputusan, wahai menteri. Ini tentang kemajuan pendidikan anak-anak 10 tahun lagi. Cuba lah bayangkan, satu hari nanti MESTI diorang akan perlu - nak atau tidak - terpaksa melakukan transition dari Malay ke English. Bila di institut pengajian tinggi, ada reference book dalam bahasa Melayu? Aku minta Kementerian sediakan buku rujukan universiti untuk semua pecahan bidang subjek Sains & Matematik dalam bahasa Melayu, sebelum nak me-Melayu-kan dua matapelajaran ini seawal sekolah rendah. Yang aku jangka, mereka akan menghadapi kesulitan yang teruk untuk menterjemah semuanya di peringkat pengajian tinggi. Satu hari nanti juga, anak-anak saintis kita akan bergabung tenaga dengan saintis luar negara. Bukan aku tak percayakan kemampuan anak bangsa sendiri, tapi kita negara membangun saling mendukung negara luar untuk memajukan negara masing-masing. Kita bukan orang Jepun yang mampu berdiri sendiri sebagai peneraju teknologi namun masih mengekalkan semuanya dalam bahasa mereka. Kita bukan tamadun zaman Arab yang mampu menakluk dunia dengan kemajuan sains & teknologi hanya dengan bahasa ibunda mereka; bahasa Arab. Kita bukan tamadun itu yang memerlukan orang luar untuk belajar bahasa Melayu untuk memahami semua kajian kita.

Satu lagi kes ialah cikgu-cikgu Sains & Matematik yang tak menguasai Bahasa Inggeris; terpaksa mengajar dalam kesulitan. Dah sebelum ini dikatakan PPSMI, yang kau gatal nak ajar jugak kenapa? Aku tak merendah-rendahkan cikgu-cikgu ini, tapi kau kan cikgu, boleh fikir sendiri, kalau kau tak mampu, kenapa nak perjudikan nasib students kau? CIKGU - ialah orang yang mengajar, sebelum nak mengajar kena master dulu lah benda tu. Ni kau tak master, pergi mengajar, lepas tu komplen kau tak master English. Apa benda ni weh? Jangan ketengahkan soal cikgu luar bandar, cikgu berloghat negeri (Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah etc.) yang susah untuk adapt English. Loghat itu sama kesnya dengan bahasa Melayu. Semua orang ada bahasa ibunda, tak perlu nak jadikan alasan bahasa ibunda menyukarkan semua untuk adapt English. Berapa banyak orang asli/luar bandar yang berjaya sekarang? Ada mereka jadikan alasan kesusahan hidup/luar bandar/loghat sebagai alasan untuk tidak berjaya? Kalau nak seribu daya, people.

Aku tak boleh terima alasan mengatakan sistem pendidikan Malaysia belum bersedia membuat perubahan ini. Berapa puluh tahun nak ambil masa untuk bersedia pun aku tak tahu. Aku bangga status negara ini ialah negara membangun, tapi bila dah macam ni, mana dasar Sains & Teknologi yang digembar-gemburkan dulu? Dah senyap? Nanti tukar menteri, tukar dasar lagi. Great, kau kaya bolehlah hantar anak kau pergi private school untuk dapatkan pendidikan terbaik. Pendidikan anak-anak rakyat? Jangan perjudikan mereka. Cuba lihat hasrat dasar ini;

"menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."

Fikir-fikirkanlah. Dengan konflik akidah kes Seksualiti Merdeka, jenayah meningkat macam semua orang takde otak nak membunuh sana-sini, sistem pendidikan yang pada aku; terlalu jumud pandangannya, banyak benda yang perlu diubah di Malaysia. Patut ramai tak nak anak sekarang, ada anak pun nanti --- sekolah tak mengembangkan otak, akidah lari. Baik takde anak. Tak pun pergi cari hidup yang lebih baik di negara orang, yang lebih menghargai nilai kehidupan.

Dan insyaAllah bila aku dah grad dan punyai satu posisi sesuai untuk mengubah Malaysia, aku akan ubah semampunya. Ini janji aku. Jangan bumi Malaysia kesayangan aku yang cantik ini dipimpin oleh pemimpin yang akalnya entah di mana.

Wednesday, October 19, 2011

A New Start.


It has been a month since I was named PPOU 2nd Year students. Kalau tak tahu PPOU tu apa, pergi Google 'PPOU'. Yang keluar tu nanti, ha itulah dia. Aku malas cerita panjang.

Seperti yang diketahui, Aniq telah mengangkat kaki ke UK. Aku masih lagi terhegeh-hegeh nak pasang enjin kapal terbang untuk ke US. What's great in Sem 1 is I'm learning Japanese Language. Serius aku rasa cool bila dapat tulis bahasa Jepun --- like a pro. Tapi proses pembelajaran untuk jadi pro tu yang perlahan-lahan membunuh aku. Damnyou Nihonggo. Islamic Studies pulak kena hafal Hadis. 10 hadis untuk sem ni, campur dengan Hiragana & Katakana. Jangan satu hari nanti aku terbaca Hadis dalam bahasa Jepun. Oh my.

Dunia aku terima seorang lagi manusia yang aku gelar penceria hari-hari kemurungan. He's wayyyy too crazy. Terima kasih Hariri, orang gila import dari Sunway yang kadang-kadang suka cerita macam-macam yang buat aku ketawa dan rasa nak jentik dahi kau.

Life's getting tough when I had to start my universities' application recently. Essay, translated transcripts, dan apa jua benda yang diperlukan sangat menyakitkan otak aku. Aku dah mula terbayang suasana dekat US tu macam mana. Ada macam dekat kedai Sate Kajang Samuri ke, macam dekat Pavillion ke, macam dekat Wet World Shah Alam ke. Yang pasti, semua orang akan pandang ke bawah kalau nak cakap dengan aku yang berketinggian 1.47m. Oh my, that's gonna happen for sure.

Getting busy too, with the photography club: Shutters, soft-skills enhancement association: SEALS, and not to be missed PPOU stuff. Aku tak pernah rasa busy sangat macam sekarang sampai boyfriend sendiri nak ajak lunch pun kena check availability aku. Sekali lagi, oh my.

Oh ni satu lagi, 3 Oct lepas aku eksiden (read: accident). Semuanya gara-gara darah muda (bukan aku) yang konon nak jadi macam F1 driver tapi sudahnya apa pun tak boleh. Maka aku telah tersadai di tepi jalan belakang Alamanda dan keluar masuk Hospital Putrajaya menghantar mangsa perlanggaran. Dan buat kali ketiganya dalam hidup, aku melanguk dalam balai polis sampai malam.

Ni benda last aku nak cakap; apasal line up Rock The World Adrenaline (11) langsung tak mengghairahkan?

Wednesday, October 12, 2011

Losing Another Friend.

Aku tak suka benda macam ini. Dan aku tak tahu bila aku akan belajar menerima pemergian/kehilangan orang terdekat yang tersayang. Aku post benda ni khas untuk kau --- antara pembaca blog & pendengar aku yang setia.

Bila aku stress on Calculus, kau teman aku sampai 2-3 pagi dalam Facebook chat.
Bila aku ajak lomo outing, kau on je kan? :')
Bila pergi gig, kita akan gerak sama-sama.
Bila aku cuak nak ambik TOEFL, kau kata "Chill lah Belle."
Bila turn kau pulak ambik TOEFL, aku tolong habis-habis.
Bila aku cerita pasal kahwin, kau gelak-gelak & tolong sambung cerita aku.
Bila Colorsplash kau rosak, aku semangat nak betulkan sampai elok balik.

Tapi sekarang kau nak pergi. Jauh sangat.

Aku malas nak cakap apa-apa lagi. Sebab aku rasa air mata lebih layak menggantikan apa-apa kata yang aku nak susun untuk kau baca sekarang.

Thanks for everything, Aniq. Goodluck for your future undertakings. Aku akan selalu rindu kau. Gambar kau akan ada dekat desktop aku selagi aku tak mampu nak lawan rasa sedih ini.